P laylist CD Pilihan:
(Dikemaskini 1 Jun 2024) |
|
ANAK
–
Aishah
Anak
Amalan Doa Syukur Beroleh Zuriat
Amalan Selawat Hindar Masalah & Kabul Hajat
Amalan Doa Mengelak Kesesatan & Memohon Kerahmatan
Amalan Doa Keampunan (Doa Anak Kepada Ibu
Bapa)
Amalan Doa Anak Sebagai Penyejuk Mata Hati Aishah yang selama ini popular dengan genre pop kini muncul dengan album ANAK yang menyaksikan sisi berbeza Aishah dalam mengalunkan lagu-lagu spiritual, doa dan zikir. Yang pasti vokal Aishah tetap hebat. |
|
KURNIA
–
Aishah Kurnia Melukut Di Tepi Gantang Kasihnya Balqis Tiada Lagi Tangisan Hanya Keranamu Haruskah Ku Menyuarakan Berikan Harapan Songkok Mereng Daun Daun Berguguran Barisan Kita Aishah kembali semula ke pangkuan Sony Music (setelah melahirkan tiga album studio bersama EMI). Malah album KURNIA menyaksikan semula gabungan mantap Aishah bersama komposer dan penerbit yang banyak membantu dalam perjalanan karier seninya iaitu Adnan Abu Hassan yang bertindak sebagai penerbit album tersebut. Ternyata Aishah kembali menyengat dengan 2 lagu hit, 'Melukut Di Tepi Gantang' dan 'Tiada Lagi Tangisan' (populariti lagu ini mengatasi versi asal nyanyian Misha Omar). Bagaimanapun lagu-lagu tersebut termasuk 'Berikan Harapan' telah pun diperkenalkan sebelumnya dalam album kompilasi pelbagai artis SEHATI SEJIWA terbitan dan edaran FMC, tahun 2005. |
|
|
KEUNGGULAN
–
Aishah CD 1: J anji Manismu Kasih Kita Kau Yang Istimewa Rintihan Semalam Rela Cinta Beralih Arah Menanti Kau Sahabat, Kekasih & Teman Bayangan Antara Cinta Dan Kasih Selanjur Bercinta Tiada Duka Keindahan Yang Berlalu Camar Yang PulangCD 2: Syurga Di Telapak Kaki Ibu Ayah Untuk Apa Kepulanganmu Sebelum Terlanjur Panggilan Rindu Tangisan Dalam Senyuman Bahtera Merdeka Cinta Di Hatiku Dari Mata Sedih Aku Di Sisimu Fatwa Pujangga Kau Yang Semalam Kemaafan Dendam Yang Terindah |
|
|
SEHATI SEJIWA
–
Various Artist Tiada Lagi Tangisan (Aishah)Nurul Ain (Rayna Hairina) Di Sebalik Kisah Cinta (Faris Zailani) Hasrat Di Jiwa (Kasturi) Berikan Harapan (Aishah)Dambaan Pilu (Adnan Abu Hassan) Lafazkanlah (Rayna Hairina) Cinta Kasih (Faris Zailani) Bunga Ros Merah (Kasturi)Melukut Di Tepi Gantang (Aishah) Setelah menyepi tanpa sebarang album baru, Aishah kembali menggegarkan muzik tanahair apabila lagu barunya 'Melukut Di Tepi Gantang' menjadi hits manakala lagu rakaman semula 'Tiada Lagi Tangisan' mendapat pujian kerana kehebatan vokal Aishah mengatasi versi asal yang dinyanyikan oleh penyanyi yang sedang meningkat popular, Misha Omar. Bagaimanapun album ini bukannya album solo Aishah tetapi ia merupakan album yang mengandungi lagu-lagu baru bersama-sama dengan artis-artis baru termasuk komposer Adnan Abu Hassan yang turut melontarkan vokal menerusi lagu ciptaannya 'Dambaan Pilu' yang sebelumnya dipopularkan oleh bintang realiti Akademi Fantasia 1, Khai. |
|
|
PULANGLAH PERANTAU
–
Aishah Pulanglah Perantau Selamat Hari Lebaran (oa Oslan Husein) Dari Jauh Ku Pohon Maaf (oa Sudirman) Senandung Lebaran Tangisan Semalam Cahaya Di Aidilfitri (oa Black Dog Bone) Kepulangan Yang Di Nanti (oa Aman Shah) Zapin Aidilfitri (oa Nas Atea) Suasana Riang Di Hari Raya (oa Junainah) Airmata Di Kuala Lumpur Album raya yang setahun tertangguh pengedarannya (sepatutnya memasuki pasaran penghujung 1998). Album ini dikatakan mahal dalam sejarah penerbitan album raya kerana kos pembikinannya meningkat setelah ubahsuai muzik dilakukan oleh S Atan kerana penghasilan muziknya sebelum ini tidak memenuhi piawaian. Terdapat 2 lagu raya baru 'Pulanglah Perantau' dan 'Senandung Lebaran', manakala lagu-lagu raya lainnya adalah rakaman semula lagu raya malar segar. Sebagai pelengkap album ini turut diselitkan 2 buah lagu pop rakaman semula (nyanyian asal Uji Rashid & Saloma) yang diambil dari album Aishah sebelumnya. Pemilihan lagu dalam album raya ini juga hampir sama dengan album raya 'Dari Jauh Ku Pohon Maaf' Sharifah Aini (EMI, 1999) yang juga diterbitkan oleh S Atan. Sebelum ini 'Senandung Lebaran' telah diperkenalkan sebagai single untuk album raya GEMPAQ RAYA yang diedarkan penghujung 1998. |
|
|
TIADA AKHIRNYA – Aishah (EMI, 1998 / rilisan semula, 2011) Rela Katakanlah Sayangnya Ku Tertipu Tangisan Semalam Rahsia Hati Tangisan Dalam Senyuman Tunggu Superstar Yang Terusik Cinta Di Hatiku Album solo kedua Aishah bersama syarikat rakaman EMI, TIADA AKHIRNYA menggunakan khidmat dua komposer terkenal Mac Chew dan Jenny Chin. Walaupun sebelumnya Aishah pernah berpeluang menerbitkan album sendiri, TIADA DUKA UNTUK APA tetapi untuk album ini, dia hanya mahu menumpukan sepenuh perhatian terhadap vokal dan mutu nyanyiannya sahaja. Masih mengekalkan konsep pop komersial dan telah memuatkan dua buah lagu lama yang dinyanyikan semula iaitu 'Superstar' yang dipopularkan oleh The Carpenters dan 'Tangisan Semalam' yang pernah dipopularkan oleh Uji Rashid. Lagu hit dari album ini ialah 'Rela' (lagu Adnan Abu Hassan/Nurul Nadzir) tapi Aishah cukup kesal kerana tidak diberitahu terlebih dahulu bahawa lagu 'Rela' yang dimuatkan dalam album terbarunya adalah lagu yang sama pernah dinyanyikan oleh Rahim Maarof untuk album CERMIN (terbitan tahun yang sama, 1996) tetapi bezanya cuma tajuk yang digunakan oleh Rahim Maarof ialah 'Redha'. Bagaimanapun album ini menerima nasib yang sama dengan album TIADA DUKA UNTUK APA kerana agak 'lembab' di pasaran. |
|
|
MEMORI
KLASIK
–
Aishah Kau Pergi Tanpa Pesan (lagu baru)Tari Tualang Tiga Bahtera Merdeka Dia Datang (lagu baru)Gelisah (lagu baru)Fatwa Pujangga Tiada Kata Secantik Bahasa (lagu baru)Syurga Di Telapak Kaki Ibu Kain Songket (lagu baru)Harapan Kecewa (lagu baru) |
|
|
TIADA DUKA UNTUK APA
–
Aishah Tiada Duka Hari Hari Berlalu Untuk Apa Antara Cinta Dan Kasih Ombak Hening Orientalism Semalam Malaman Backroom Wanita Antara Cinta Dan Kasih (Syahdu mix) Antara Cinta Dan Kasih (versi guitar) Hari Hari Berlalu (versi guitar) Untuk Apa (instrumental) Antara Cinta Dan Kasih (minus one) Untuk Apa (minus one) TIADA DUKA UNTUK APA merupakan album solo Aishah yang pertama bersama EMI setelah meninggalkan Sony Music. Aishah telah diberi peluang menerbitkan sendiri album tersebut. Aishah memilih muzik yang bereksperimentasi muzik etnik. Bagaimanapun idea dan usaha Aishah memperkenalkan satu pembaharuan total dalam album ini gagal direalisasikan sepenuhnya oleh syarikat rakaman. Album ini kurang mendapat sambutan daripada peminat yang mungkin masih mengharapkan kemunculan Aishah seperti mana album-album sebelumnya ketika bersama Sony Music. Album ini juga mendapat saingan dari album Aishah sendiri yang diedarkan oleh syarikat rakaman lamanya dalam jarak masa terdekat sebaik saja album barunya ini menjengah di pasaran. Sedikit kesilapan apabila trek lagu 'Wanita' dan 'Antara Cinta Dan Kasih' (Syahdu mix) bercantum manakala instrumental 'Untuk Apa' tercicir dari 'catatan' senarai trek lagu . |
|
|
MERENUNG BULAN: PILIHAN ISTIMEWA
–
Aishah Merenung Bulan (lagu baru) Biarlah Kau Pergi (lagu baru) Pulanglah Camar Yang Pulang Kasih Kita Bahtera Merdeka Kemaafan Dendam Yang Terindah Cinta Beralih Arah Kau Yang Istimewa Janji Manismu Doa Panggilan Rindu Selanjur Bercinta Bayangan
|
|
|
KLASIK
–
Aishah Doa Jauh Di Mata Tari Silat Melayu Malam Ini Kita Berpisah Joget Memikat Janji (duet Ahmad Jais)Patah Hati Tari Tualang Tiga Madah Pujangga Ubekkan Denai Cinta Hampa Berbanding dengan album-album studio sebelumnya, album KLASIK ini menyenaraikan lagu-lagu lama pelbagai irama yang cukup popular di era 50an - 70an namun telah dirakam semula oleh Aishah dalam versinya sendiri. Kemungkinan album ini diterbitkan kerana kerjayaan Aishah mempopularkan lagu-lagu sebegini melalui album-album beliau sebelumnya. |
|
|
AISHAH
III:
ASIA ... SEDUNIA Selanjur Bercinta Jari Jariku Sakit Semua Hikayat Asmara Ambalamba Hanakage (dwi bahasa - Jepun-Melayu) Bayangan Kau Yang Semalam Kau Sahabat Kekasih & Teman Bangau Oh! Bangau Rintihan Si Anak Seni
|
|
|
AISHAH II (Sony Music, 1991 / rilisan semula, 2018) Kemaafan Dendam Yang Terindah Aku Dan Diriku Dari Mata Sedih Fatwa Pujangga Kepulanganmu Kasih Kita Ayah Seloka Rindu Keindahan Yang Berlalu Di Mana Kan Ku Cari Ganti |
|
|
AISHAH Janji Manismu Camar Yang Pulang Rintihan Semalam Syurga Di Telapak Kaki Ibu Aku Di Sisimu Menanti Kau Yang Istimewa Sebelum Terlanjur Bahtera Merdeka Camar Yang Pulang (instrumental) Sebagai pendatang baru dalam industri muzik tempatan, Aishah berjaya mencetus satu fenomena baru apabila album solo studio pertamanya yang hanya menggunakan namanya sebagai tajuk album mendapat sambutan luar biasa. Album tersebut diterbitkan sepenuhnya oleh Adnan Abu Hassan dan berjaya mencatat penjualan album melebihi 200,000 unit ketika itu. Kesemua lagu dari album ini mendapat sambutan hangat terutamanya 'Janji Manismu', 'Camar Yang Pulang', 'Kau Yang Istimewa', 'Menanti' termasuk dua buah lagu klasik, 'Bahtera Merdeka' (lagu patriotik) dan 'Syurga Di Telapak Kaki Ibu'. Ramai tidak menyangka Aishah, seorang penyanyi bertaraf antarabangsa yang sering menyanyikan lagu-lagu Inggeris mampu membawa dengan amat baik kedua buah lagu klasik tersebut. Lagu hit utama 'Janji Manismu' banyak membawa kejayaan kepada Aishah apabila dianugerahkan sebagai Penyanyi Wanita Popular dan Artis Paling Popular di Anugerah Bintang Popular '90. 'Janji Manismu' juga telah dinobatkan sebagai Juara Lagu '90. |